KNB~LPP mempunyai projek mini estet kelapa sawit yang dijalankan secara perniagaan dengan pertubuhan Peladang Kawasan Kampong Gajah, Perak semenjak tahun 2000 telah mengeluarkan hasil yang memuaskan dan melepasi tahap optimum pengeluaran. Sehingga kini projek tersebut telah menyumbang pendapatan hampir RM2.13 juta kepada KNB~LPP. Koperasi juga mempunyai tanah yang mempunyai sawit seluas 12 ekar di Mukim Budu, Benta dan 8 ekar di Kampung Lalang , Mukim Penjom telah mengeluarkan hasil serta menyumbang kepada dividen dalam KNB~LPP. Selain itu, Lembaga KNB~LPP menggiatkan usaha untuk mendapatkan tanah-tanah sawit yang berpotensi bagi menambakan hasil sawit yang ternyata telah memberi pendapatan yang stabil dalam jangka panjang.