Biro Perniagaan

Aktiviti perniagaan telah berjalan dengan kadar yang memberangsangkan dan produk-produk yang ditawarkan adalah kompetitif bagi keperluan anggota. Produk pembiayaan patuh syariah yang ditawarkan adalah seperti dibawah:

Tujuan: Pembelian produk yang ditawarkan
Proses dan Kelulusan: Ibu pejabat KNB~LPP
Jumlah Permohonan: RM 5,000 - RM 100,000
Keuntungan Pembiayaan: 7.50% - bagi tempoh 01 bulan hingga 120 bulan
Syarat:
  • Proses Pembiayaan – RM 30
  • Tabung Perlindungan 1%
  • GST 6% - RM1.80

 

Tujuan: Kenderaan (motorsikal dan kereta)
Proses dan Kelulusan: Ibu pejabat KNB~LPP
Jumlah Permohonan: RM 5,000 - RM 100,000
Keuntungan Pembiayaan: 5.20% - bagi tempoh 01 bulan hingga 120 bulan
Syarat:
  • Proses Pembiayaan – RM 30
  • Tabung Perlindungan 1%
  • GST 6% - RM1.80

 

  • Telah mencarum yuran anggota selama 6 bulan
  • 25 kali gaji kasar atau maksima mengikut pembiayaan yang dipohon
  • Baki gaji bersih setelah ditolak pembaiyaan baru mestilah tidak kurang dari 40%
  • Yuran modal yang cukup mengikut syarat
    • RM1,000 ke bawah - RM5,000
    • RM1,001-RM3,000 - RM5,000 – RM30,000
    • RM3,000 ke atas - RM30,001 – RM100,000
  • Penjamin mengikut syarat
    • RM10,000 ke bawah - 1 orang
    • RM11,000 – RM20,000 - 2 orang
    • RM21,000 – RM100,000-3 orang
  • Penyata gaji terkini 3 bulan

 

TAKAFUL 

Aktiviti perkhidmatan takaful motor dan takaful hayat telah mencatatkan peningkatan yang lebih baik setiap tahun. KNB~LPP menawarkan kepada anggota  Takaful Ikhlas Bhd, Etiqa Takaful Berhad, Pacific and Orient, Syarikat Takaful Malaysia dan menyediakan kemudahan cukai jalan iaitu Myeg. KNB juga memberi kemudahan potongan gaji kepada anggota perkhidmatan ini dengan kadar keuntungan 1% setiap bulan.

 

PENGURUSAN DEWAN

Aktiviti dewan Dewan Tan Sri Abu Zahar di Menara LPP juga berjalan dengan lancar dengan  pakej-pakej perkahwinan serta event ditawarkan kepada anggota KNB serta pelanggan luar. Sepanjang tahun 2016 peningkatan perolehan dan pendapatan aktiviti ini meningkat dengan baik.

 

PRODUK KONSUMER

Dua produk baharu yang ditawarkan kepada anggota adalah motorsikal dan basikal. Kedua-dua produk tersebut adalah sinergi kepada aktiviti yang dijalankan oleh lain-lain Biro KNB~LPP dengan menjalankan kempen berterusan. Jualan produk sedia ada seperti peranti pintar (telefon bimbit, ipad dan tablet) masih merupakan komponen jualan utama KNB~LPP.

 

PRODUK OEM KNB EG SAWIT

KNB~LPP telah mencapai persetujuan dengan IBA Safe Soil Manufacturing Sdn Bhd, Pengeluar produk pemulihan tanah dan baja berprofail untuk mengeluarkan produk KNB EG Sawit Plus ke pasaran. KNB juga memasarkan produk Iba Easy Grow ke Pertubuhan peladang yang terlibat dengan tanaman padi.